Monday, May 18, 2015

25 Pesanan Luqmanul Hakim






01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangankaram, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialahIMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, makadirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalahmenerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAHjuga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dantaat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekatkepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yangdilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu bolehmenjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkanuntuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benartakut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmatALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidakdipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyakmelamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar daritempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yangtidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar danbesi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamanaengkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadiutusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakandaging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yangberbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadirmajlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akanmengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinanhanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnyamakan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikankepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barangdan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manisbelum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkankesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa danmusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat darimereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencariilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orangyang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahalia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebihdahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu diamasih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagaikawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengandemikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lainyang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orangyang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yangmengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak inginmenerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selaludisusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk duniasahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedayadengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yangbusuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yangmenggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkaubertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akanselamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapatmenahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlahkata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanahyang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlahyang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini kekeranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yangmembuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini sertameneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalahtanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam duamuka, kelak akan membinasakan dirimu.

No comments:

Post a Comment