
Assalamualaikum..
Just nak kasi pendapat. Orang yang bertudung tapi still pakai baju ketat ni memang sebenarnya tak elok. Di samping tak penuhi kehendak syarak dia orang ni sekaligus menjatuhkan imej orang bertudung.
Sebab tu respect orang kat perempuan yang bertudung dah hilang. Pada saya, orang macam ni mungkin tak faham hakikat tudung ni. Mereka tak anggap bertudung sebagai satu aktiviti dakwah kecil yang besar manfaatnya pada Islam.
Kat sini saya nak kongsi satu cerita yang saya dapat dari satu laman web. (dah diubah suai sebab bhs indononesia).
KISAH BENAR
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.