01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan
lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin
selamat, agar jangankaram, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialahIMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk
menerima nasihat, makadirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang
insaf dan sedar setalahmenerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemuliaan dari ALLAHjuga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah
diri dalam beribadat dantaat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia
akan lebih dekatkepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana
kesilapan yangdilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu bolehmenjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu
malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu
yang menyebabkanuntuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan
sebenar benartakut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus
asa dari rahmatALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air
mukanya kerana tidakdipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya
akan sentiasa banyakmelamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar daritempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi
pengertian kepada orang yangtidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya
mengangkat batu besar danbesi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada
semua itu, adalah bilamanaengkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang
bodoh sebagai utusan.Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah
saja yang layak menjadiutusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakandaging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu
telah memberikan akibat yangberbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah
orang mati atau hadirmajlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati,
sebab ianya akanmengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri
pesta perkahwinanhanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,
kerana sesungguhnyamakan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikankepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja
kerana manisnya barangdan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu
barang itu, kerana manisbelum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum
tentu menimbulkankesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang
takwa danmusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta
nasihat darimereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau
selalu mencariilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak
ubah bagaikan orangyang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahalia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati,
maka ujilah terlebihdahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana
dalam kemarahan itu diamasih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagaikawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta
manis wajahmu, dengandemikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lainyang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu
padanya sebagai orangyang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun
biarkanlah dia yangmengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai
orang yang tidak inginmenerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain
kerana itu adalah sifat riya~yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan
dunia dan hatimu selaludisusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan
ALLAH bukanlah untuk duniasahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedayadengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan
kata kata yangbusuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat
bila berdiam diri.Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan
kerana sesuatu yangmenggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang
pasti, janganlah engkaubertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yang pendiam akanselamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan
sesiapa yang tidak dapatmenahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim
lagi berilmu. Perhatikanlahkata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati
ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara
kata katanya bagaikan tanahyang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu
sahaja, dan nafkahkanlahyang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini kekeranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan
menjadi pengemis yangmembuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau
peluk dunia ini sertameneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan
dan pakai itu adalahtanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang
yang bersifat talam duamuka, kelak akan membinasakan dirimu.
No comments:
Post a Comment