Friday, October 5, 2018

FAHAMI DAN SELAMI..BEZA RAJUK ANAK KECIL DAN ANAK DEWASA..

IBU BAPA WAJIB BACA!!!!
FAHAMI DAN SELAMI..BEZA RAJUK ANAK KECIL DAN ANAK DEWASA..
Kenali apabila anak MENDEKATI vs MENJAUHI..
==================================


Anak adalah anugerah.Lahir daripada rahim yang sama tetapi karakter yang sangat berbeza.Sebagai ibu bapa kita seharusnya meraikan kelebihan dan kekurangan anak-anak.
Sebagai contoh,anak lelaki saya agak kurang menonjol berbanding kakaknya yang sulung.Dari segi akademik dan "glemer" di sekolah.Tetapi saya dapat rasakan betapa dia mencuba untuk "memperlihatkan" dirinya dihadapan kami sebagai ibu bapa.Sebenarnya sebagai ibu bapa sudah pasti kita dapat melihat potensi setiap anak-anak,namun adakalanya kesibukan menyebabkan kita terlepas pandang.
Anak lelaki saya akan sentiasa bertanya soalan kepada kami. Seringkali meminta ibunya mencium pipinya.Kadangkala kami pening menjawab soalan dan "letih" untuk mencium pipinya tanpa mengira waktu apabila diminta.
Setelah meneliti dan bertanya kepada yang lebih arif karakter anak-anak kecil seperti ini petanda kepada kesilapan kita sebagai ibu bapa, antaranya:
◾️Kurang memberi perhatian dan galakan.
◾️Lebih meraikan kejayaan anak-anak lain.
◾️Memuji kebaikan dan kejayaan anak yang agak lemah.
◾️Meletakkan harapan yang tinggi pada setiap anak tanpa memikirkan kemampuan
SEBENARNYA...
Tindakan anak-anak kecil apabila dia inginkan perhatian adalah dengan MENDEKATI kita dan melakukan pelbagai perkara agar kita "melihat" mereka.
HATI-HATI..ADA BEZANYA..APABILA DEWASA
Apabila meningkat dewasa kita akan dapati pula ada anak-anak yang makin MENJAUHKAN diri daripada kita.Disini ibu bapa harus menyelami jiwa anak-anak dan mencari punca dan solusinya. Apabila anak-anak meningkat dewasa ibu bapa sering menganggap anak-anak sudah matang dan berharap anak-anak memahami setiap arahan dan kehendak hatinya.
Antara kesilapan ibu bapa dalam menyantuni anak-anak setelah DEWASA yang menyebabkan anak-anak makin MENJAUHKAN diri:
◾️Tidak adil dalam mengadili dan memberi ruang kepada anak-anak.Selalunya anak yang pasif dan kurang membantah akan menjadi lapik kemarahan ibu bapa.
◾️Menjatuhkan potensi diri anak dihadapan anak-anak yang lain,menyebabkan anak-anak yang lain semakin kurang hormat.
◾️Sebarkan kesalahan dikalangan ahli keluarga yang lain.
◾️ibu bapa lebih mengambil pendekatan menghukum daripada membimbing.
◾️Wujud kelompok "favourite" dikalangan ahli keluarga dan yang diabaikan lama kelamaan akan rasa terpinggir,seterusnya akan menjauhkan diri.Situasi ini sangat bahaya.Jangan biarkan ada dua kelompok dalam keluarga.
◾️Pukul rata kemampuan anak-anak sehingga yang kurang akan rasa tertekan untuk mengikut kehendak ibu bapa.Jangan jadikan kesilapan dan kelemahan anak sebagai tiket untuk kita pinggirkan dan menghukumnya.
◾️Bila tiada ibu bapa akan salahkan anak cuba abaikan keluarga,jauhkan diri..tetapi semasa ada ibu bapa wujudkan suasana tidak mesra.Tidak adil dalam menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat dikalangan anak-anak dan membiarkan anak-anak turut berkelakuan yang sama.
Mungkin ibu bapa sentiasa meletakkan kesalahan demi kesalahan di bahu anak-anak."Kamu seharusnya....." Kamu yang....."
Duhai ibu bapa,tidak kira kecil atau dewasa adililah anak-anakmu dengan penuh hikmah.Buangkan segala sangkaan buruk terhadap anak-anak.Sebagai induk kita harus bersikap adil.
Senyum,marah,puji,kongsi...adillah anda..Kerana tanpa kita sedari kita diperhatikan dan ada jiwa yang terluka..
SEMASA KECIL ANAK YANG PERLUKAN PERHATIAN AKAN SEMAKIN MERAPATI KITA...
SETELAH DEWASA...
ANAK YANG KURANG PERHATIAN..
AKAN MENJAUHKAN DIRI DARIPADA KITA...
Terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka dan berazam untuk memperbaiki keadaan..adakanya kita harus duduk bersama dan berbincang bersama semua ahli keluarga dan ibu bapa beri ruang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.Supaya ada ruang untuk memperbaiki keadaan.
Jangan sampai apabila anak kita BENAR-BENAR TIADA...barulah kita rasa rindukan kehadirannya.....Kita selalu sangka yang kita akan pergi terlebih dahulu,sebaliknya banyak yang terjadi anak-anak yang dijemput Ilahi mendahului ibu bapanya.
Saya pernah mendengar luahan perasaan seorang ibu yang kematian anaknya..
"Andai dapat diberi peluang,
ibu ingin letak kembali kau di dalam rahim ibu..
Ingin ibu lahirkan kau semula di dunia..
Ingin ibu belaimu dengan penuh rasa kecintaan..
Ingin ibu tebus kembali kesilapan ibu..
Ingin ibu dakapmu untuk menggantikan setiap ruang waktu yang ibu abaikan buatmu..
Maafkan ibu..."

Tuesday, October 2, 2018

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU..
=======================
Kalau kita cuba jadi yang terbaik dan ingin nampak yang terbaik dimata manusia itu adalah MUSTAHIL. memuaskan hati manusia itu adalah suatu perjalanan yang amat menyakitkan kerana di akhirnya nanti kita akan kecewa.
Sebagai manusia adakalanya kita lemah dan tewas dengan pelbagai bentuk ujian.Sikap manusia, kehendak manusia dan pandangan manusia adakalanya menjadi pisau tajam yang menghiris jiwa kita yang penuh dengan kelemahan.
Tidak perlu menjerit untuk menjelaskan apa yang kita lalui,kerana mereka tidak akan faham dan tidak akan pernah cuba untuk memahami. Inilah fitrah kehidupan.Inilah beza makhluk dan Tuhan.
Laluilah hidup ini dengan tenang dan " cukuplah Allah bagiku".La Tahzan... Biarlah apa pandangan manusia kepada kita. Dunia bukan kediaman,hanyalah semua persinggahan.Apa yang perlu kita fikirkan apakah persediaan kita menghadapi saat kematian.Itu lebih memeritkan dan saat genting daripada memikirkan dunia yang fana ini.
SENYUM
ALLAH ITU ADA
ALLAH SAYANG KITA

ALLAH TETAP ADA BERSAMA...

ALLAH TETAP ADA BERSAMA...
kehidupan yang maha singkat ini kita diuji dengan pelbagai cabaran...kewangan,kesakitan dan manusia..
Ada masa kita disayangi,
Ada masa kita dibenci,
Ada masa kita diperlukan,
Ada masa kita dipinggirkan,

Kadangkala kita kecewa apabila kita terasa usaha dan kebaikan kita kepada orang seolah tidak dihargai..pernah lakukan kebaikan tetapi kesilapan juga dikenang.
Jangan sedih dan jangan kecewa..
KERANA ALLAH ITU SENTIASA ADA...
SENTIASA ADA..
Halalkan segala kebaikan dan bantuan bukan kerana manusia..tetapi kerana Pencipta..
Hati kita akan bahagia..

Monday, April 16, 2018

Tuan Guru Sidek Noor - Keikhlasan Dalam Perjuangan

Antara Islam Dan Demokrasi

Memperbincangkan hubungan Islam dengan demokrasi pada dasarnya sangat aksiomatis. Sebab, Islam merupakan agama dan risalah yang mengandung asas-asas yang mengatur ibadah, akhlak dan muamalat manusia. Sedangkan, demokrasi hanyalah sebuah sistem pemerintahan dan mekanisme kerja antaranggota masyarakat serta simbol yang diyakini membawa banyak nilai-nilai positif. Polemik hubungan demokrasi dengan Islam ini berakar pada sebuah “ketegangan teologis” antara rasa keharusan memahami doktrin yang telah mapan oleh sejarah-sejarah dinasti muslim dengan tunttan untuk memberikan pemahaman baru pada doktrin tersebut sebagai respons atas fenomena sosial yang telah berubah.

Sunday, January 14, 2018

Jibril Dedahkan Siapa Penghuni Neraka Ke-7, Lalu Rasulullah Pengsan Serta Merta. Siapakah Penghuni Yang Sangat Baginda Risaukan Ini ??




Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas. Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang tak biasa. Namun, Jibril nampak berbeza. Raut wajah yang tak biasa.

Maka Rasulullah SAW bertanya:

” Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?” Jawabnya: ” Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya” .

Sunday, January 7, 2018

AMALAN PENYUCIAN JIWA
















Allah SWT berfirman: "...dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaanNya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." (QS.Asy-Syams : 7-10).


Puncak kebahagiaan manusia terletak pada tazkiyatun nafs (penyucian jiwa). Aspek penyucian jiwa, merupakan salah satu aspek yang harus mendapatkan perhatian dari seorang insan muslim yang mendambakan hadirnya ketenteraman jiwa dalam dirinya, jiwa yang redha kepada Allah dan Allah pun redha kepadanya, jiwa yang tenteram (annafsul muthma'innah) tersebut akan mengiringinya menghadap Allah SWT. Sehingga masuklah ia ke dalam hamba-hamba Allah yang diredhai dan Allah menganugerahkan kepadanya syurgaNya yang luasnya seluas langit dan bumiMenolak kejahatannya dan menaklukkannya merupakan tugas yang paling penting, kerana jiwa adalah musuh yang paling buruk, lebih buruk dari syaitan dan kaum kafir.