Saturday, December 14, 2013

Kisah taubat seorang lelaki yang membunuh 100 orang


Daripada Abu Sa’id Al-Khudhri R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di kalangan orang terdahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 nyawa, lalu dia mencari orang yang banyak ilmunya.
Maka, dia ditunjukkan kepada seorang rahib, lalu dia pergi menemuinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa dia telah membunuh 99 nyawa, adakah taubatnya akan diterima? Kemudian rahib tersebut menjawab, tidak. Maka, dia membunuh rahib tersebut dan genaplah 100 orang (yang dibunuhnya) dengan pembunuhan rahib tersebut.
Kemudian dia mencari lagi orang yang banyak ilmunya, maka dia ditunjukkan kepada seorang pemuda alim. Maka, dia mengatakan bahawa dia telah membunuh 100 nyawa, adakah taubatnya akan diterima? Pemuda alim itu menjawab, ya. Dan siapakah yang menghalang antaranya dan taubat?

Monday, April 1, 2013

LUQMANUL HAKIM: MODEL TARBIYAH ISLAM


APABILA menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.

Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

Thursday, December 27, 2012

Sejarah Sebenar Wong Fei Hung Merupakan Seorang Ulamak Hebat

Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Monday, October 15, 2012

Taubat dan Doa

Mari berfikir sejenak.. Merenung siapa diri kita.. Adakah taubat dan doa ini diterima?? Titiskanlah air mu wahai si mata tatkala mendengar Tazkirah ini.. 

Dr Maza : Taubat dan Doa.

Wednesday, October 10, 2012

Jadilah Pendengar Yang Baik Wahai Pemimpin


Mendengar adalah sesuatu yang memenatkan, apatah lagi kalau kita tidak berminat dengan apa yang diperkatakan. Dalam keadaan mengantuk macam mana sekalipun, kita akan menjadi segar apabila bicara yang kita dengar itu mendapat perhatian minda kita. Bagi orang yang bertanggungjawab pula, dia akan rasa berdosa kalau tidak mendengar setiap perkataan pengikut atau orang yang sedang dipimpinnya.

Tuesday, July 31, 2012

KEUTAMAAN SOLAT MALAM...


(dipetik dan diolah daripada halaqah.net)

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.
Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.