Mendengar
adalah sesuatu yang memenatkan, apatah lagi kalau kita tidak berminat dengan
apa yang diperkatakan. Dalam
keadaan mengantuk macam mana sekalipun, kita akan menjadi segar apabila bicara
yang kita dengar itu mendapat perhatian minda kita. Bagi orang yang bertanggungjawab
pula, dia akan rasa berdosa kalau tidak mendengar setiap perkataan pengikut
atau orang yang sedang dipimpinnya.
Wanita
dikatakan seorang pendengar yang baik. Namun lelaki pemimpin seharusnya diberi
peluang untuk meningkatkan mutu mendengarnya. Meminjam teknik-teknik kaunseling
sangat membantu pemimpin untuk menjadi pendengar yang baik.
Mengatur
apa yang difokus oleh pemimpin sangat membantu apa yang perlu didengarinya.
Pemimpin yang berserabut dengan lambakan isu di hadapannya akan lebih
memburukkan keadaan. Lambakan
isu sudah menjadi lumrah seorang pemimpin. Amat malang kalau pemimpin itu
mengangkat tangan mengaku kalah dengan lambakan itu. Pemimpin sebegini, sekali
lagi memerlukan bantuan, latihan menyusun isu.
Sekali-sekala
dia perlu dibantu untuk “switch off” atau “switch on” dan tahu
pula “turn the right channel” ketika meneliti apa yang didengar. Apabila
dia fokus apa yang dia dengar, kemudian dia pandai memasukkan setiap isu ke
dalam bilik atau beg mindanya, mengikut topik, dia telah mula berjaya mengatur.Pemimpin
yang bijak ketika mendengar, dia juga akan mengklaskan apa yang dia dengar itu
kepada tiga bahagian:
1.
Apa yang terjadi? Apa yang berlaku? Akhirnya dinamakan semua kejadian itu
sebagai sejarah.
2.
Apa perasaan orang yang sedang bercakap? Sama ada terungkap, tersirat atau
tersembunyi. Kebijaksanaan pemimpin meneroka dan mengagak sangat penting.
Tetapi tidak sampai ke peringkat menghukum, kerana masih di peringkat
mendengar. Memadai memasukkan ke beg-beg minda yang dibinanya sendiri. Dia
dapat mengesan, orang yang bercakap dengannya itu sedang marah? sedih? gembira?
takut?
3.
Apa pula harapan orang yang sedang bercakap itu? Apa sebenarnya yang dia minta?
Kadang-kadang pemimpin tidak dikira “mendengar” kerana gagal memahami apa yang
sedang dihajati oleh orang yang sedang berbicara dengannya. Pemimpin yang baik
tidak boleh menyalahkan pengikutnya yang gagal menerangkan apa yang dihajati.
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang menyalahkan dirinya kerana gagal
memahami apa maksud pengikutnya, walau bicaranya berbolak-balik. Kalau tidak
dia bukan seorang pemimpin yang baik.
Mari
kita lihat kehebatan Nabi Sulaiman sebagai pemimpin yang tajam bila mendengar.
Kita tidak mampu menjadi pemimpin seperti baginda a.s. tetapi memadai belajar
meniru darinya; adalah satu kejayaan ketika memimpin.
حَتَّىٰ
إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ
ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا
يَشْعُرُونَ
(Maralah
angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml",
berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu
masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu,
sedang mereka tidak menyedari."
(An-Naml
27: 18)
Kehebatan
mendengar itu adalah salah satu simbolik kepada kehebatan pemimpin seperti Nabi
Sulaiman a.s. Walau sedang sibuk memimpin bala tenteranya, tentera udara yang
terdiri dari pelbagai burung, tentera daratnya yang terdiri dari pelbagai
manusia dan tentera ghaibnya yang terdiri dari para pelbagai jin, kehebatan itu
tidak membuat baginda alpa mendengar aduan rakyatnya yang sekecil semut.
Wakil
Rakyat semut, hanya mampu mengurus semut-semutnya. Selamatkanlah diri
masing-masing. Pemimpin yang besar dan gagah barangkali tidak perasan boleh
mencederakan pengikutnya tanpa disedari. Pemimpin
kena sedar, tidak sekadar tubuhnya malah bicaranya, arahannya, penguatkuasaannya
dan “auranya” boleh membinasakan pengikutnya. Pemimpin yang bertakwa seperti
Nabi Sulaiman pun boleh mencederakan rakyat tanpa disedari, bagaimana pula
pemimpin yang belum cukup taqwanya?
Bagaimana
pula dengan pemimpin yang memang sengaja menzalimi rakyatnya. Mengambil segala
kesempatan dari apa yang ada dibawahnya. Membunuh? Rasuah? Fitnah? Sudah tentu
mereka tidak berminat langsung untuk mendengar dari rakyat mereka.
فَتَبَسَّمَ
ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ
الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا
تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Maka
tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan
berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan
nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan
limpah rahmat-Mu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh."
(An-Naml
27: 19)
Tersenyum
kegembiraan seorang pemimpin kerana sayang kepada rakyatnya. Tersenyum seorang
pemimpin kerana walau berkuasa, mampu mendengar keluhan rakyatnya. Tersenyum
seorang pemimpin kerana bersyukur kepada Allah, tidak lupa batas kuasanya.
Tersenyum
dan terbahak ketawa seorang ketua mungkin kerana berjaya merasuah, menipu dan
memutar belitkan berita. Terbahak ketawa mungkin kerana puas dengan
pembazirannya. Terbahak mungkin kerana berjaya memperbodohkan rakyatnya.
Pemimpin
yang bertakwa yang sentiasa mendengar keluhan dan aduan pengikutnaya akan
sentiasa berdoa:
•
Mohon berterusan pandai bersyukur atas segala kurniaan Allah ketika memimpin
itu
• Tidak lupa nikmat yang Allah berikan untuk keturunan sebelum ini
• Kekal iltizam dan istiqamah dengan pelbagai amal-amal solih yang diredhai Allah
• Merayu kekal dengan jemaah Islam, bersama hamba-hamba Allah dalam jaringan mata rantai yang luas
• Tidak lupa nikmat yang Allah berikan untuk keturunan sebelum ini
• Kekal iltizam dan istiqamah dengan pelbagai amal-amal solih yang diredhai Allah
• Merayu kekal dengan jemaah Islam, bersama hamba-hamba Allah dalam jaringan mata rantai yang luas
Kenapa
pemimpin boleh dan sanggup menjadi pendengar yang baik? Ini kerana doa sebegini
menjadi permainan hariannya.
Fikiran
dan hatinya mendesak untuk dia mendengar dengan baik dan mendengar dengan
betul. Menyusun apa yang didengar dan menyusun apa tindakan yang sepatutnya.
Moga
Allah mengampunkan, memberi hidayah dan memberkati kepada setiap yang bernama pemimpin.
Moga Allah mengganti dan menurunkan pemimpin yang menolak hidayah-Nya.
No comments:
Post a Comment