Sahabat..
🍁Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
🍁Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
🍁Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
🍁Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.
🍁Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
🍁Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
🍁Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
🍁Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
Allah berfirman didalam al-Quran:
الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبٰٓئِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوٰحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وٰسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِى بُطُونِ أُمَّهٰتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوٓا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقٰىٓ
"(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta
perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil
(yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya
Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu
semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa
anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu
kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih
dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
bertaqwa."
(QS. An-Najm 53: Ayat 32)
🍁Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya orang ” Siapakah orang yang buruk?” dijawab olehnya ” iaitu orang yang merasa dirinya baik”. Beliau ditanya lagi “Siapakah orang yang baik?”, maka dijawab “Iaitu orang yang merasa dirinya buruk”.
🍁JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.
🍁Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.
🍁Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
🍁Selalu letak diri kita dalam keadaan;
🍁“Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah”
🍁“Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain ” untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya.
🍁Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad. Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah.
🍁Dengan cara ini, seseorang orang akan melatih dirinya untuk bersifat tawadhu’ dan menjauhkan dirinya dari penyakit ujub(merasa kagum dengan diri sendiri) dan takabbur.
🍁Di samping itu kita sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.
🍁Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.
Wallahua’lam.
#tarbiyyahdandakwah
#perbaikidirinasihatidiri
No comments:
Post a Comment