
Kata
sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu
seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan
sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan
Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud
dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada
sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama
terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari
permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
- Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah
kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan
r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar
tersebut dengan menggunakan kaedah ini.
Tanda Dan Alamat
Tanda
dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu
dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi
bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan
cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam
lagi.
Hikmah
Hikmatnya
ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka
eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan
keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia
itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan
ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak
dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh
itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan
al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di
bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga
Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan
menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Sumber : iLuvislam.com
No comments:
Post a Comment