IBU BAPA WAJIB BACA!!!!
FAHAMI DAN SELAMI..BEZA RAJUK ANAK KECIL DAN ANAK DEWASA..
Kenali apabila anak MENDEKATI vs MENJAUHI..
==================================
Anak adalah anugerah.Lahir daripada rahim yang sama tetapi karakter yang sangat berbeza.Sebagai ibu bapa kita seharusnya meraikan kelebihan dan kekurangan anak-anak.
Sebagai contoh,anak lelaki saya agak kurang menonjol berbanding kakaknya yang sulung.Dari segi akademik dan "glemer" di sekolah.Tetapi saya dapat rasakan betapa dia mencuba untuk "memperlihatkan" dirinya dihadapan kami sebagai ibu bapa.Sebenarnya sebagai ibu bapa sudah pasti kita dapat melihat potensi setiap anak-anak,namun adakalanya kesibukan menyebabkan kita terlepas pandang.
Anak lelaki saya akan sentiasa bertanya soalan kepada kami. Seringkali meminta ibunya mencium pipinya.Kadangkala kami pening menjawab soalan dan "letih" untuk mencium pipinya tanpa mengira waktu apabila diminta.
Setelah meneliti dan bertanya kepada yang lebih arif karakter anak-anak kecil seperti ini petanda kepada kesilapan kita sebagai ibu bapa, antaranya:
◾️Kurang memberi perhatian dan galakan.
◾️Lebih meraikan kejayaan anak-anak lain.
◾️Memuji kebaikan dan kejayaan anak yang agak lemah.
◾️Meletakkan harapan yang tinggi pada setiap anak tanpa memikirkan kemampuan
SEBENARNYA...
Tindakan anak-anak kecil apabila dia inginkan perhatian adalah dengan MENDEKATI kita dan melakukan pelbagai perkara agar kita "melihat" mereka.
HATI-HATI..ADA BEZANYA..APABILA DEWASA
Apabila meningkat dewasa kita akan dapati pula ada anak-anak yang makin MENJAUHKAN diri daripada kita.Disini ibu bapa harus menyelami jiwa anak-anak dan mencari punca dan solusinya. Apabila anak-anak meningkat dewasa ibu bapa sering menganggap anak-anak sudah matang dan berharap anak-anak memahami setiap arahan dan kehendak hatinya.
Antara kesilapan ibu bapa dalam menyantuni anak-anak setelah DEWASA yang menyebabkan anak-anak makin MENJAUHKAN diri:
◾️Tidak
adil dalam mengadili dan memberi ruang kepada anak-anak.Selalunya anak
yang pasif dan kurang membantah akan menjadi lapik kemarahan ibu bapa.
◾️Menjatuhkan potensi diri anak dihadapan anak-anak yang lain,menyebabkan anak-anak yang lain semakin kurang hormat.
◾️Sebarkan kesalahan dikalangan ahli keluarga yang lain.
◾️ibu bapa lebih mengambil pendekatan menghukum daripada membimbing.
◾️Wujud
kelompok "favourite" dikalangan ahli keluarga dan yang diabaikan lama
kelamaan akan rasa terpinggir,seterusnya akan menjauhkan diri.Situasi
ini sangat bahaya.Jangan biarkan ada dua kelompok dalam keluarga.
◾️Pukul
rata kemampuan anak-anak sehingga yang kurang akan rasa tertekan untuk
mengikut kehendak ibu bapa.Jangan jadikan kesilapan dan kelemahan anak
sebagai tiket untuk kita pinggirkan dan menghukumnya.
◾️Bila
tiada ibu bapa akan salahkan anak cuba abaikan keluarga,jauhkan
diri..tetapi semasa ada ibu bapa wujudkan suasana tidak mesra.Tidak adil
dalam menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat dikalangan anak-anak dan
membiarkan anak-anak turut berkelakuan yang sama.
Mungkin ibu bapa sentiasa meletakkan kesalahan demi kesalahan di bahu anak-anak."Kamu seharusnya....." Kamu yang....."
Duhai ibu bapa,tidak kira kecil atau dewasa adililah anak-anakmu dengan penuh hikmah.Buangkan segala sangkaan buruk terhadap anak-anak.Sebagai induk kita harus bersikap adil.
Senyum,marah,puji,kongsi...adillah anda..Kerana tanpa kita sedari kita diperhatikan dan ada jiwa yang terluka..
SEMASA KECIL ANAK YANG PERLUKAN PERHATIAN AKAN SEMAKIN MERAPATI KITA...
SETELAH DEWASA...
ANAK YANG KURANG PERHATIAN..
AKAN MENJAUHKAN DIRI DARIPADA KITA...
Terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka dan berazam untuk memperbaiki keadaan..adakanya kita harus duduk bersama dan berbincang bersama semua ahli keluarga dan ibu bapa beri ruang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.Supaya ada ruang untuk memperbaiki keadaan.
Jangan sampai apabila anak kita BENAR-BENAR TIADA...barulah kita rasa rindukan kehadirannya.....Kita selalu sangka yang kita akan pergi terlebih dahulu,sebaliknya banyak yang terjadi anak-anak yang dijemput Ilahi mendahului ibu bapanya.
Saya pernah mendengar luahan perasaan seorang ibu yang kematian anaknya..
"Andai dapat diberi peluang,
ibu ingin letak kembali kau di dalam rahim ibu..
Ingin ibu lahirkan kau semula di dunia..
Ingin ibu belaimu dengan penuh rasa kecintaan..
Ingin ibu tebus kembali kesilapan ibu..
Ingin ibu dakapmu untuk menggantikan setiap ruang waktu yang ibu abaikan buatmu..
Maafkan ibu..."