Wednesday, July 9, 2014

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:
1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan  kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.
2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.
3-Allah menyembunyikan kedatangan  malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki  hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.
4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah  atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.
5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah  banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.
6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.
Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

Sunday, March 2, 2014

7 Kalimah Yang Dipandang Mulia Oleh Malaikat



Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  1. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  2. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  3. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini
  4. Mengucap innalillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

  1. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa

Sunday, February 23, 2014

12 Barisan Manusia Menuju Akhirat



Barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu
 
barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka
 
barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
 
barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka
 
barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
 
barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran
 
barisan ke-8: diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"
 
barisan ke-9: diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya
 
barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
 
barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
 
barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt." 

Thursday, February 20, 2014

Betapa Pentingnya Solat Istikharah Dalam Kehidupan Harian Kita

Posted by nurjeehan in Ibadah & Koleksi Doa. 136 Comments
Oleh: Ismail Abu Bakar
(Petikan dari
http://darussyifa.org/index.php)

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.